KUALA LUMPUR: Gamuda Land melakar satu lagi pencapaian penting apabila Gamuda City, pembangunan luar negara pertamanya di Hanoi, Vietnam dinamakan Pemenang Emas Dunia (Kategori Pelan Induk) dalam Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence ke-29.
Ini adalah anugerah FIABCI World Prix d’Excellence ketiga berturut-turut yang diterimanya, selepas pembangunan Celadon City di Ho Chi Minh City memenangi Anugerah Perak Dunia (Kategori Pelan Induk) pada 2019 dan Yen So Park, Gamuda City membawa pulang Anugerah Emas Dunia (Kategori Pemuliharaan/Pemeliharaan) pada 2018.
“Kami benar-benar berbangga menerima anugerah berharga ini bagi Gamuda Citu, yang juga pengiktirafan komitmen kami untuk menjadi pemaju bertanggungjawab yang membina dengan rasa hormat kepada alam semulajadi, persekitaran dan komuniti.
“Hasil yang dilihat hari ini, Gamuda City, komuniti dalam perbandaran hijau dengan biodiversiti, adalah produk yang diambil melalui langkah terdahulu.
“Ini memberikan kami keyakinan bahawa prinsip dan kaedah perbandaran yang diambil adalah berkesan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Ngan Chee Meng.
FIABCI World Prix d’Excellence mengiktiraf projek yang cemerlang dalam semua disiplin hartanah dan mengiktiraf projek dari 60 negara anggota.