Kehidupan pastinya akan menjadi lebih menarik dan bermakna jika anda melihat dunia ini dalam ruang lingkup yang lebih luas.
Justeru, amatlah wajar jika kami bayangkan bandar itu sebagai sebuah rumah yang dipenuhi ahli keluarga dan rakan-rakan setempat yang membentuk ikatan komuniti yang kukuh melalui pengalaman bersama.
Mengikuti prinsip pembangunan Gamuda Land yang menitikberatkan perancangan yang prihatin untuk mewujudkan sebuah bandar lestari, twentyfive.7 di Kota Kemuning menerapkan seni penempatan melalui ruang komuniti yang sejurusnya mampu menjalinkan hubungan yang baik sesama penduduk setempat.
Dilancarkan pada tahun 2017, perbandaran pembangunan bersepadu ini menawarkan pengalaman hidup yang meriah serta dinamik untuk semua.
Dengan pelbagai unit kediaman yang terdiri daripada rangkaian rumah pautan, semi-D dan pangsapuri servis, kehidupan di twentyfive.7 meriah kerana adanya elemen beriadah dan ruang terbuka seperti The Buzz.ar.
Sebagai sebuah tempat untuk meluangkan masa lapang, menjamu selera dan bersantai di luar rumah, The Buzz.ar adalah tempat yang paling sesuai kerana ciri-cirinya yang serba lengkap dengan ruangan luas memberi kebebasan untuk warga setempat menikmati keseronokan aktiviti luar.
Lebih menarik, terdapatnya pemandangan air yang kreatif di samping sudut permainan interaktif yang melengkapkan pelbagai elemen lain yang tersedia di situ.
Pengunjung ke The Buzz.ar dapat menikmati aneka pastri Perancis yang enak di Marc et Farid Patisserie. Bagi yang mempunyai haiwan peliharaan kesayangan, anda bolehlah singgah ke pusat penjagaan haiwan FURIIstyle.
Biarlah si manja anda dibelai dan ditempatkan seketika di situ, sementara anda pula boleh meneruskan agenda lain seperti berbasikal mengelilingi tasik dengan basikal yang disewa dari Cykel dan Cyclist.
Apa yang pasti, keseronokan tidak akan berhenti di twentyfive.7 dan ia tidak terhad kepada manusia sahaja!
Perbandaran ini menampilkan satu-satunya taman mesra haiwan peliharaan di Kota Kemuning dalam The Loop – di mana ianya adalah sebuah trek basikal serta joging sejauh 3 kilometer.
Semua kemudahan itu memastikan anda dapat menghargai saat-saat menyenangkan di luar rumah sambil ditemani haiwan kesayangan.
Elemen yang tertampil megah di samping semua ini adalah The Lake, sebuah tasik yang beralun lembut.
Terletak di tasik itu juga adalah Aurora Rhythms, sebuah pancuran air ‘menari’ yang pertama seumpamanya di Kota Kemuning yang selalu menimbulkan rasa ketenangan dalam diri sesiapa yang melihatnya.
Tasik seluas 8 ekar itu juga membolehkan anda terus bersenang hati dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti berperahu dayung, berkayak dan zorbing!
Untuk peminat bola sepak, Footballhub dengan padang bola standard FIFA pastinya menjadi tumpuan. Dikendalikan oleh Football Talent Asia (FTA) Academy, Footballhub sering menjadi tuan rumah kepada liga bola sepak komuniti serta kelas bola sepak.
Quayside Mall mempunyai semuanya!
Quayside Mall yang akan dibuka pada tahun ini melengkapkan lagi gaya hidup bandar di twentyfive.7 dan memberikan anda lebih banyak idea untuk meluangkan masa.
Berhadapan The Lake, Quayside Mall adalah pusat gaya hidup perbandaran ini yang menggabungkan kemudahan runcit dengan ruang interaktif yang mendorong interaksi di antara satu sama lain.
Warga Kota Kemuning dan bandar berdekatan tidak perlu menempuhi perjalanan jauh lagi semata-mata untuk menonton wayang pawagam mahupun menikmati aktiviti lain – Quayside Mall mempunyai semuanya!
Pusat membeli-belah ini menawarkan pelbagai kemudahan dan fasiliti hiburan, termasuk sebuah pawagam MBO seluas 45,000 kaki persegi yang juga adalah satu-satunya pawagam pada sekitarnya.
Dengan usaha memastikan pusat beli-belah ini dapat memberikan pengalaman menyeluruh kepada komuniti, pemilihan perniagaan di Quayside Mall dirancang dengan teliti supaya ia menggabungkan ciri-ciri praktikalnya dengan keseronokan.
Di Quayside Mall terdapat Jaya Grocer, Harvey Norman dan Karaoke Manekineko, iaitu salah satu rangkaian karaoke utama Jepun, di samping sebuah “Vertical Urban Farm” organik yang pertama di dalam sebuah pusat membeli-belah, sekaligus membawa definisi baharu untuk membeli-belah yang berfokuskan kepada komuniti.
Lebih menarik ialah rangkaian perjalanan yang selamat untuk penduduk berjalan kaki mahupun menunggang basikal. Antara pengalaman yang mungkin wujud di sini adalah anda boleh berbasikal terus ke pusat membeli-belah ini, dapatkan segala barangan yang hendak dibeli dan berbasikal terus ke rumah tanpa perlu menghadapi masalah mencari tempat letak kereta.
Bertemakan sebagai ‘Kurator Komuniti’, Quayside Mall tentunya menjadi hab gaya hidup komuniti setempat.
Rumah di twentyfive.7
Meskipun bertenaga dan menarik adalah kata-kata yang dapat menggambarkan perbandaran ini, keperluan penduduk untuk berehat di rumah dengan suasana tenang turut diutamakan.
twentyfive.7 menawarkan pelbagai jenis kediaman, dari rumah atas tanah yang luas hinggalah ke pangsapuri untuk memenuhi kehidupan masyarakat setempat seperti penduduk berseorangan, pasangan mahupun keluarga.
Tawaran menarik menanti
Dengan segala kepelbagaian yang sedia ada dan lebih banyak lagi yang akan disiapkan, adalah wajar jika anda ingin menjadi sebahagian daripada twentyfive.7.
Inilah masa yang paling sesuai kerana rumah twentyfive.7 adalah di antara yang ditawarkan menerusi Tawaran Hartanah Dalam Talian (Online Property Deals) Gamuda Land.
Beberapa insentif menarik seperti penjimatan tambahan sehingga RM 11,000.00, baucar membeli-belah Quayside Mall bernilai sehingga RM 6,888, keahlian gim percuma dan juga pulangan wang tunai sehingga RM 63,888 ditawarkan untuk masa yang terhad.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kunjungi https://glonlinedeals.gamudaland.com.my atau hubungi 03-27877917.