Keharmonian sempurna antara kediaman dan bandar pintar.

Menggabungkan unsur-unsur alam dengan teknologi pintar untuk mewujudkan gaya hidup mudah.


Dengan kemudahan gaya hidup resort dan mesra alam di sekitar kediaman, Maya Bay dirancang dengan cermat agar sesuai dengan alam dan teknologi yang terbaik - semuanya di satu tempat.


Jarak berjalan kaki ke Taman Tema & Taman Tema Air
Tahap Keselamatan Tinggi
Gaya Hidup Resort
Rumah Pintar & Mesra Alam
Kemudahan basikal, trem dan perkhidmatan berkongsi kenderaan
Berdekatan KLIA & KLIA2

Pelan Lantai

Panduan Permohonan

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas (pemohon berumur di bawah 40 tahun akan diutamakan)
  • Mesti mendaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM 15,000.00 (keutamaan diberikan kepada pemohon dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 10,000.00 sebulan)
  • Terhad kepada satu (1) unit bagi setiap pemohon
  • Tidak memiliki harta komersial lain pada masa ini
  • Pemohon perlu membuat semakan terlebih dahulu dari segi kelayakan jumlah had pinjaman pemohon daripada institusi kewangan / bank
  • Penyata CCRIS dari Bank Negara Malaysia oleh pemohon *(suami/isteri) (WAJIB) (Tempoh Sah Laku Dokumen hanya 3 Bulan Sahaja)
  • Salinan Kad Pengenalan(Mykad) pemohon & pasangan *(suami/isteri)
  • Salinan surat nikah/sijil daftar perkahwinan/surat cerai/sijil kematian
  • Surat pengesahan bujang daripada majikan (menggunakan letter head jabatan/syarikat/cop syarikat ATAU Surat Akuan Sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin (Tempoh Sah Laku Dokumen hanya 3 bulan sahaja)
  • Salinan penyata gaji terkini pemohon *(suami/isteri) (Tempoh Sah Laku Dokumen hanya 3 Bulan Sahaja)
  • Penyata KWSP Terkini pemohon *(Tempoh Sah Laku Dokumen hanya 3 Bulan Sahaja) dan Sejarah Pengeluaran KWSP
  • Bekerja Sendiri: Surat Akuan Bersumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah pemohon* (suami/isteri) & Penyata KWSP Terkini (Wajib Dikemukakan Sebagai Bukti Tiada Caruman)
  • Pasangan Tidak Bekerja: Surat Akuan Sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah & Penyata KWSP Terkini (Wajib Dikemukakan Sebagai Bukti Tiada Caruman)
  • Pesara: Salinan Kad Pesara dan Penyata Pencen terkini pemohon atau pasangan *(suami/isteri)
  • Pendapatan Lain: Penyata/Baucer/Resit Bayaran ATAU Surat Akuan Sumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah (Tempoh Sah Laku Dokumen hanya 3 Bulan Sahaja)
  • Sila Kemukakan Salinan Perjanjian Jual Beli (Sale And Purchase/SPA) dan Salinan Perjanjian Pinjaman Perumah (Loan Agreement) bagi pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah.
  • Bukti Perjanjian Jual Beli Rumah (jika ada)

Daftar Sekarang