Jade Hills, Kajang, Selangor antara perbandaran dimajukan Gamuda Land lengkap dengan landskap yang subur dan semula jadi selain pembangunannya dikendalikan dengan teliti.
Biarpun pasaran hartanah mencabar kerana penularan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan namun fasa pertama Blossom Springs di Jade Hills kini sudah 90 peratus ditempah.
Blossom Springs itu terdiri daripada unit super link dengan susun atur empat bilik tidur, empat bilik mandi pada keluasan binaan dari 2,508 kaki persegi.
Pemajunya mengaitkan kejayaan projek itu dengan reka bentuk kediaman eksklusif khusus buat generasi akan datang.
Menurut Pengurus Besar Jade Hills, Wee Pang Siang, melihat kepada sambutan luar biasa fasa satu, pihaknya melancarkan super link villa di Blossom Springs selain menjangkakan semua unit akan dijual sepenuhnya dalam enam bulan akan datang.
“Selepas beberapa bulan berdepan PKP dan pandemik Covid-19, Gamuda Land berada pada kedudukan yang baik berusaha memenuhi keperluan cita rasa dan keperluan hartanah masyarakat di negara ini,” katanya.
Berkeluasan 13.6 hektar, villa di Blossom Springs menawarkan kawasan antara paling luas di Kajang sekali gus membolehkan penduduknya merasai pengalaman yang menarik.
Seterusnya, pelan induk pembangunan Jade Hills yang menggabungkan hutan sekunder dengan persekitaran semula jadi nyata memberikan suasana kehidupan lebih privasi.
Begitu juga dengan Jade Hills, Kajang menggabungkan hutan sekunder dengan persekitaran semula jadi lengkap fasiliti Central Park berperanan sebagai bahagian tengah perbandaran yang menghubungkan kediaman dengan taman lengkap kemudahan rekreasi.
Di Central Park, komuniti dapat berkumpul selain kekal dengan gaya hidup sihat dengan persekitaran semula jadi dikelilingi ora dan fauna.
“Kami sangat menyukai persekitaran di bandar ini dan ia antara sebab utama kami membeli kediaman di sini. Ia menawarkan sesuatu yang unik di tengah kesibukan Kajang, iaitu rumah privasi dengan persekitaran, taman dan pelbagai tasik,” kata salah seorang pembeli Blossom Springs yang dikenali sebagai Chan.
Sebagai sebahagian dari Jade Hills, penduduk Blossom Springs turut berpeluang menikmati kemudahan lain termasuk Jade Hills Resort Club dan Sekolah Antarabangsa Eaton.
Selain pelbagai pilihan tempat makan di Jade Square, kawasan bandar hab komersial bersepadu itu pada masa sama menyediakan ruang runcit premium dua tingkat dan tiga tingkat.